Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari diiringi tuan pengetua dan barisan kepimpinan pelajar.
Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, Ilmu Panduan Hidup diiringi oleh Orkestra Muda STAR Ipoh. Hadirin diminta berdiri.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang Berbahagia Tuan haji Badrul Hisham bin Bahari
Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,
Pengetua Cemerlang STAR
Yang Berusaha Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali
Penolong Kanan STAR Ipoh
Yang Berusaha En Naharudeen bin Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha Puan Hajah Fatihah Alawiah bt Mohamad
Menjalankan Tugas Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan
Guru-guru seterusnya para pelajar sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Badan Kepimpinan Pelajar Tahun 2014. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari
kerana sudi hadir menyampaikan watikah perlantikan pengawas pada pagi ini. Semoga dengan kehadiran tuan, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.
Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Umum 2014. Untuk itu majlis mempersilakan Saudara Azam Azfar bin Salleh untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Azam Azfar bin Salleh atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Ipoh untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilkan ayahanda.
Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Maka majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Berbahagia Tuan haji Badrul Hisham bin Bahari, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak sebentar tadi.
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian watikah perlantikan kepada Badan Kepimpinan Pelajar, Warden dan Pengawas. . Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari diiringi oleh tuan pengetua untuk menyempurnakan upacara penyampaian watikah perlantika kepada penerima.
Dimulakan dengan Badan Kepimpinan Pelajar
Dipersilakan
1) Wakil Majlis Ketua Kelas
2) Wakil Majlis Ketua Dorm
3) Presiden Badar
4) Pengerusi Briged Siber
5) Pengerusi Pengawas Pusat Sumber Bestari
6) Majlis Warden Yang diketuai oleh :
1) Encik Naharudeen bin Othman PK HEM
2) Encik Mohd Haffez bin Abdullah sebagai Ketua Warden
3) Encik Mohd Firdaus bin Ahmad Sebagai Setiusaha Warden
4) Encik Mohd Rafaie bin Abdul Aziz
5) Encik Shahnun bin Abdul Ghani
6) Encik Mohd Faiz Fahmi bin Ruzali
7) Encik Mohd Syafarizwan bin Abdul Azis
8) Encik Azrul Hafiz bin Mazuki
9) Encik Ahmad Mustaqim bin Abdul Rahman
10) Encik Abdul Rahman bin Rashid
11) Encik Muhammad Khairil bin Abdul Hak
12) Encik Mohd Faris bin Ahmad
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada Badan Pengawas.
Dipersilakan (baca senarai nama)
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian watikah perlantikan sebentar tadi.
Seterusnya dipersilakan Saudara Azam Azfar bin Salleh, Ketua Umum sesi 2014 untuk mengetuai lafaz ikrar pengawas.
Sebelum mengakhiri majlis dipersilakan Alfadhil Ustaz Imran bin Jemain ntuk memimpin bacaan doa penutup.
Dipersilakan
Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk jamuan ringan.