Quantcast
Channel: HOK SENGOTI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

DEBAT JUNIOR SEHEBAT : GILIRAN TUNAS MUDA MENJULANG JUARA

$
0
0
Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama. Dan dengan langkah pertama inilah, saya membawa empat orang pelajar untk menyertai Pertandingan Debat Junior SEHEBAT di bumi Batu Pahat. Pertandingan debat yang julung-julung kali diadakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar junior membuat kemunculan pertama dalam pertandingan besar. Syabas dan tahniah buat penganjur Sekolah Menengah Sains Batu Pahat dan Konsultan ADCE-MiG yang berjaya membuka satu lagi lembaran baru dalam arena perbahasan Sekolah-sekolah Malaysia.

Sebanyak 16 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan selama tiga hari ini. Penyertaan dari seluruh Malaysia membuktikan pertandingan ini bukan pertandingan biasa-biasa. Apatah lagi pertandingan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Johor melalui Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan, Yang Berbahagia Dato' Zulkurnain bin Kamisan. 

Alhamdulillah, pasukan ini yang diwakili oleh Muhammad Ilman Hakim, Jufri, Asyraf dan Arif Fikri telah disiapkan dengan asas-asas perdebatan yang baik. Mereka juga diberikan latihan mental dan emosi bagi menghadapi perlawanan. Dalam pusingan awal, STAR berjaya menewaskan tiga buah sekolah iaitu SMK Agama Tun Ahmad Shah, Inanam, SABAH (TUNAS), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI).


Kemenangan ini membolehkan STAR muncul juara kumpulan dan bertemu Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di peringkat suku akhir. Alhamdulillah momentum kemenangan diteruskan ke peringkat separuh akhir dan bertemu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang (SMKSS). STAR menghadapi saingan yang cukup sengit dari SMKSS di peringkat separuh akhir. 

Alhamdulillah, pentas final berjaya dijejaki setelah hakim berjaya meyakinkan pembawaan STAR. Di peringkat akhir, STAR dipertemukan dengan srikandi-srikandi selatan tanah air, iaitu Sekolah Tun Fatimah (STF). Dengan usul Teknologi Memartabatkan Warisan, akhirnya STAR diumum sebagai pemenang sulung pertandingan.



Tahniah buat penganjur yang saya kira cukup berjaya menjadi penganjur yang hebat. buat semua pembahas-pembahas muda yang menyertai pertandingan ini, perjalanan kalian baru sahaja bermua. Jangan berhenti untuk mencari ilmu dan menimba pengalaman dalam arena perbahasan, kerana DEBAT KISAH INDAH. Jumpa lagi tahun hadapan . 


KDBM STAR ; BERILMU, KRITIS, ISTIQAMAH.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 140