Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-12 kembali lagi. Seperti mana penganjuran sebelas edisi yang lepas, kampus UIA Gombak menjadi medan bagi pendebat-pendebat muda untuk membuktikan bakat dan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis. pada tahun ini bagi kategori bahasa Melayu, sebanyak 78 buah pasukan telah mengambil bahagian.
Seperti edisi yang lepas, KDBM STAR turut menghantar pasukan, cuma yang membezakan ialah kali ini STAR menghantar pemdebat-pendebat junior bagi menimba sebanyak mungkin pengalaman yang berharga. Afif, Ilman, Syameel dan Zarul dipersiapkan untuk menjadi gandingan yang dihormati kawan mahupun lawan suatu hari nanti.
Sepanjang tujuh kali mengharungi pusingan awal, pasukan yang tidak diletakkan harapan ini cukup membanggakan. dari tujuh perlawanan pusingan awal, mereka hanya tumpas sekali sahaja. Dan yang paling membanggakan apabila di peringkat awal, mereka mampu berada pada kedudukan yang pertama dari tujuh puluh lapan pasukan yang bertanding, iaitu mencatatkan satu kekalahan dan enam kemenangan.
Kemenangan ini melayakkan tunas-tunas muda ini ke peringkat Octo final iaitu pusingan 16 pasukan terbaik. Bertemu SAM Hulu langat dalam membahaskan usul "Dewan Ini Mengharamkan Ahli Politik Lompat Parti" ternyata kematangan dalam mengupas isu membezakan antara ke dua-dua pasukan. Saya tahu mereka telah mencuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan, namun ternyata nasib tidak menyebelahi anak-anak ini. Akhirnya perjuangan mereka terhenti di Octo Final.
Satu keputusan yang perit untuk diterima apatah lagi inilah merupakan pencapaian terburuk pasukan semenjak menyertai IDC ini. Namun, takdir juga tertulis, biar tewas, banyak ilmu, pengalaman yang ditimba sepanjang 6 hari bermukim di Madrasah Ilmu ini. Apapun sekalung tahniah buat Afif, Syameel, Iman dan Zarul atas pencapaian ini. Terima kasih buat semua bekas anak-anak didik debat iaitu Paman, Amsyar, Qusyairi, black, ahmad, Uthman, Azri yang turut hadir berkongsi pengalaman bersama adik-adik mereka. Jumpa lagi IDC 2015.