TEKS UCAPAN PENGETUA CEMERLANG S.T.A.R
SEMPENA HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2014
Tarikh : 24 OKTOBER 2014
Assalamualaikum WBT
1. Yang Berbahagia Encik Rozhan Anwar bin Abdul Halim
General Manager, Group Supply Chain Management PETRONAS
2. Yang Berbahagia Dato’ Tamunif bin Mokhtar
Presiden STAROBA
3. Yang Berusahaia Dr.Amirul Shah Bin Md Shahbudin Yang Di Pertua PIBG S.T.A.R
4. Barisan Penolong-Penolong Kanan S.T.A.R.
5. Ahli-ahli STAROBA.
6. Dif-dif jemputan, para ibu bapa yang saya hormati
7. Guru-guru dan anak-anak pelajar yang saya kasihi.
Senja gemilang bayu berpuput,
Gugur kenanga di celah jerami,
Gugur kenanga di celah jerami,
Besarlah hati kami menyambut,
Tuan bertamu ke sekolah kami .
Tanah serendah taman larangan,
Nampak gemilang dari Lingga,
Syabas dan tahniah kami ucapkan ,
Anda cemerlang sekolah berbangga.
1. Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat berkumpul pada majlis yang dinanti-nantikan ini. Ucapan ribuan terima kasih saya rakamkan khusus kepada tetamu kehormat Yang Berbahagia Encik Rozhan Anwar bin Abdul Halim, atas kesudian tuan hadir dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kokurikulum S.T.A.R pada hari ini. Kehadiran Yang Berbahagia Encik Rozhan Anwar ibarat sirih pualng ke gagang kerana beliau merupakan bekas penuntut sekolah ini batch 1986 dan beliau merupakan penghuni Green House. Saya juga mengucapkan selamat datang kepada dif-dif jemputan untuk sama-sama meraikan penerima Anugerah Kokurikulum S.T.A.R tahun 2014.
Yang Berbahagia tetamu kehormat serta hadirin sekalian,
2. Sebagaimana yang kita semua maklum, S.T.A.R telah dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Kemegahan Negara pada tahun 2014. Pemilihan ini adalah bertepatan dengan hasrat kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Menteri Pendidikan II Kita Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh yang ingin melihat sepuluh sekolah kemegahan Negara ini bertaraf global. Sehubungan dengan itu, S.T.A.R telah mengorak langkah untuk menyahut seruan kerajaan untuk menjadi sebuah Sekolah Bertaraf Dunia. Antaranya dengan mewujudkan “future classroom” di mana pembelajaran menggunakan kemudahan tablet dan ICT, manakala guru hanya menjadi pemudah cara.
3. Izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan dengan akademik. Pada tahun 2014, S.T.A.R mensasarkan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3, dan TIMSS. Dalam peperiksaan PT3 yang baru berakhir, S.T.A.R mensasarkan untuk memperoleh GPS 1.00 iaitu semua pelajar memperoleh 8A. Di peringkat SPM pula, kita mensasarkan GPS 1.30. Daripada 138 calon, sebanyak 50 orang calon disasarkan kepada semua 10 Sekolah Kemegahan Negara untuk mendapat 9A + . Sehubungan dengan itu, pelbagai program akademik telahpun digerakkan seawal bulan Januari bagi memastikan sasaran PT3 dan SPM dapat direalisasiakan. Bagi peperiksaan TIMSS yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2, STAR mensasarkan untuk mendapat tempat pertama di dalam negara. Saya yakin dengan usaha yang berterusan oleh guru-guru dan semanagat putera-putera kita sasaran TIMSS akan dicapai. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah berusaha bertungkus lumus bagi memastikan “core business” kita dalam bidang akademik sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Selain itu, P.I.B.G STAR yang diketuai oleh Yang Berusaha Dr Amirul Shah bin Md Shahbudin dan STAROBA yang sentiasa memberikan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun sokongan moral dalam memastikan kejayaan S.T.A.R dalam bidang akademik.
Hadirin dan hadirat yang dihormati
4. Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh warga S.T.A.R kerana majlis ini adalah kemuncak kepada pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian dan sumbangan pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum. Matlamat kecemerlangan sekolah perlulah sentiasa kami pertingkatkan selaras dengan tranformasi sistem pendidikan negara di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia. Sebagai Pengetua STAR Ipoh, saya bertanggungjawab dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menjadi pemangkin kepada kemenjadian pelajar di STAR Ipoh.
5. Penglibatan dan sumbangan old boys dan ibu bapa merupakan anjakan ke- 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu Memperkasakan sarana sekolah dan sarana ibu bapa. Untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah untuk program sarana sekolah dan sarana ibu bapa, kita telah berjaya mengadakan 8 program pada tahun ini. Program sarana sekolah pertama ialah perjumpaan warisiaitu pihak sekolah telah berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5. Dalam program ini saya telah memberi taklimat hala tuju S.T.A. R 2014 kepada ibu bapa pada 1 Januari 2014.
6. Program sarana sekolah kedua, pada 9 Februar 2014, Rumah Kuning diterajui Ustazah Fatihah Alawiah binti Mohamad selaku Ketua Guru Rumah Kuning serta semua guru rumah kuning, telah berjaya mengadakan Hari terbuka Rumah Kuning bersama 10 bekas pelajar dan 20 orang ibu bapa. Kehadiran ini menunjukkan sokongan terhadap rumah ini dan sangat bermakna kepada 106 orang penghuni Rumah Kuning. Program sarana sekolah yang ketiga, pada 21 Februari 2014 apabila Rumah Hijau yang diterajui Puan Hajah Fuziah binti Hashim serta semua guru Rumah Hijau telah berjaya mengadakan program mentoring di MLT 2. Kehadiran 10 bekas pelajar Rumah Hijau bersama 20 orang ibu bapa Rumah Hijau amat bermakna kepada 98 penghuni Rumah Hijau. Program sarana sekolah yang ke empat pada 16 Mac 2014. Atas inisiatif Ketua Guru Rumah Putih iaitu Puan Abidah binti Sarajul Haq serta semua guru rumah putih, Rumah Putih juga telah berjaya mengadakan Hari Terbuka Rumah Putih yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Seterusnya diikuti Program Mentoring Old Boys Rumah Putih dengan pelajar rumah putih pada sebelah petangnya. Program ini dihadiri 30 bekas pelajar rumah putih dan 40 orang ibu bapa pelajar rumah putih amat bermakna kepada pelajar rumah putih.
7. Program sarana kelima berlangsung pada 30 Mac 2014 iaitu Program Kilauan Permata Hitam yang diterajui Encik Mohd Zabidi bin Nordin selaku Ketua Guru Rumah Hitam serta semua guru Rumah Hitam. Program ini bermula pada jam 2.00 petang yang mana tetamu kehormatnya ialah Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad bin Hj Alias, Mantan Presiden Malaysia Institute of Certified Public Accountants dan MIA Malaysian Institute Accountants. Kehadiran 30 orang bekas pelajar Rumah Hitam dan 45 oarang ibu bapa amat bermakna kepada seluruh penghuni rumah hitam. Seterusnya, Rumah Birujuga telah dapat mengadakan Hari Terbuka pada 15 Jun 2014 dan dan terakhir sekali Rumah Merah yang telah mengadakan Hari Terbuka dan Majlis Aidilfitri pada 23 Ogos 2014.
8. Sebagai pengetua, saya bersama warga pendidik sentiasa berusaha melahirkan pelajaryang BERDAYASAING GLOBAL. Kita mahu pelajar kita mengambil bahagian dalam pertandingan dan aktiviti diperingkat antarabangsa meliputi akademik . Sehubungan dengan itu, peperiksaan peringkat antarabangsa seperti Trends In International Mathematics and Science Study (TIMSS), PISA-programme for International Student Assessment (PISA), IGCSE-International General Certificate of Secondary Education, Middle Years Programme International Baccalaureate/MYPIB, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan banyak lagi diharapkan mampu melonjakkan nama STAR ke arah sekolah bertaraf dunia. Dalam aspek kokurikulum, pelajar STAR sudah dilatih bagi menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa seperti International Mathematical Olympiad, Science Olympiad, Cyber Olympiad,I nternational Engliash Olympiad, International Olympiad Ininformatics, Chess Olympiad, World Robot Olympiad, dan pelbagai pertandingan, persembahan,eksposisi dan pameran pada peringkat antarabangsa, STAR Ipoh berusaha terus memperkasakan jaringan dan jalinan dgn institusi pendidikan tinggi didalam dan diluar negara, dengan industri, profesional, dan negarawan serta tokoh antarabangsa.
9. Penampilan pelajar STAR dalam pertandingan dan aktiviti di peringkat antarabangsa akan mempamerkan keunikan , kreativiti dan inovasi pelajar kita. Selain itu juga, pelajar STAR diharap mengambil bahagian dalam aktiviti kesukarelaan/ volunteerism pada peringkat antarabangsa. Penyertaan dalam aktiviti kesukarelaan/volunteerism akan mempamerkan sifat integriti, keserhanaan, dan ketahanan pelajar kita. Pelajar STAR juga nestilah BERDAYA SAING GLOBAL (global performance)iaitu melibatkanapa sahaja persaingan dalam apa jua bidang pada pentas antarabangsa. Contoh penyertaan pasukan windorchestra dalam pertanding Wind Orchestra di Hong Kong pada tahun 2013.
10.Seteusmya, STAR Ipoh berusaha melahirkan pelajar yang memiliki PERWATAKAN GLOBAL ( Global Outlook). Saya mahu melihat pelajar STAR mempamerkan daya kepimpinan yang tinggi seperti kita mahu pada setiap aktiviti/program,pelajar kita mampu dan bersedia untuk mengetuai kumpulan, artikulatif, ambitious (bercita-cita besar) dan bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Besar harapan melihat pelajar STAR mempunyai cita-cita besar dan dapat mempamerkan sifat komuniti global dalam aspek mencari ilmu dan perihatin terhadap permasalahan ummah. Dalam soal ini, kita mahu pelajar STAR mempamerkan keterampilan dalam setiap penyempurnaan tugas, sama ada secara berseorangan atau berpasukan.
11.Seterusnya STAR Ipoh turut berusaha melahirkan pelajar yang memiliki STANDARD GLOBAL, di mana pelajar kita memiliki dan mempamerkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), daya invensi (inventor),daya keusahawanan (enterpreneur), dan berupaya berkomunikasi dalam pelbagai bahasa (Multilingual). Seterusnya STAR ipohakan menjadi sekolah satu sesi 7.30 pagi ke 4.30 petang di mana iklim sekolah berstandard global dipacu oleh perpustakaan, bilik sumber, kelab akademik dan wacana yang mencabar minda, guru yang berperanansebagai pembangun bakat serta bilik darjah masa hadapan. Sebagai peneraju STAR, Saya akan berusaha melengkapkan prasarana teknologi yang tercanggih, bagi memanfaatkan perkembangan yang berlaku dalam revolusi digital. Justeru, future classrooms akan dioperasikan Insyaallah. Perkara ini dapat dipercepatkan lagi jika mendapat bantuan STAROBA. Sebagaimana yang kita maklum, STAR Ipoh berusaha melaksanakan transformasi ke arah menjadi organisasi pembelajaran/learning organization, sekolah terlibat dalam kerja sosial bagi menyelesaikan masalah komuniti setempat, manakala pdp guru berasaskan ICT.
Yang Berbahagia Tetamu Kehormat serta hadirin sekalian,
12. Seterusnya izinkan saya untuk membuat laporan berkaitan prestasi kokurikulum S.T.A.R bagi tahun 2014. Dalam sukan ragbi yang menjadi etos sekolah, S.T.A.R muncul Naib Johan Kejohanan ragbi MCKK Premier 7 dan muncul pasukan terbaik Malaysia apabila tewas kepada New Zealand dalam aksi final, Johan Kejohanan Ragbi SBP 10 untuk dua tahun berturut-turut, Johan Liga Ragbi Super Six serta naib johan perlawanan akhir. Selain itu juga 16 pemain STAR mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Ragbi MSSM dan muncul sebagai juara. Selain itu kita juga telah memenangi beberapa kejohanan peringkat umur di seluruh Malaysia. Dan pada 4-8 Disember ini pasukan ragbi cobratasha akan melakukan tour ragbi ke Perth Australia. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden STAROBA merangkap Presiden Cobratasha, iaitu Dato’ Tamunif Mokhtar yang telah menyumbang ratusan ribu ringgit saban tahun bagi memastikan pasukan ragbi STAR muncul sebagai pasukan ragbi terbaik di negara kita. Begitu juga penajaan dari Barakah Offshore Petroleum yang turut menjadi penaja rasmi STAR Cobratasha pada tahun ini.
13. Seterusnya, pasukan hoki S.T.A.R telah menyertai pertandingan Malaysian Junior Hockey League Division 2 Kebangsaan buat tahun ke dua berturut-turut bagi bersaing dengan pasukan hoki ternama di Malaysia. Pasukan hoki juga buat kali ke dua berturut-turut memahat nama sebagai Johan SBP Kebangsaan 2014. Selain itu juga pasukan yang terkenal dengan gelaran Anaconda ini turut memenangi Kejohanan Hoki Piala Penagarah IPG dan Karnival hoki UNITEN. Pasukan ini turut mengadakan jalinan antarabangsa dengan New Plymouth Boys School, New Zealand dan Shaheen Sport School, Hong Kong. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Barakah Offshore Petroleum kerana telah menyumbangkan RM 26 ribu bagi menaiktaraf mini turf hoki di STAR.
14. Sukan memanah di S.T.A.R turut mencatatkan kejayaan pada tahun 2014 di mana S.T.A.R berjaya mengekalkan penguasaan dengan muncul Johan Keseluruhan di peringkat daerah Kinta Utara dan seterusnya bertanding di Peringkat Negeri Perak. Pasukan ini buat pertama kali menyertai Sirkit Memanah Kebangsaan.
15. Selain itu, Pasukan Wind Orchestra terus menyerlahkan kebitaraan S.T.A.R apabila muncul Naib Johan dalam pertandingan akhir wind orkestra peringkat kebangsaan pada bulan Jun di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Selain itu juga pasukan di bawah bimbingan Encik Azli bin Yaacob telah diberi penghormatan buat tahun ke sembilan membuat persembahan di Universiti Teknologi Petronas sempena konvokesyen UTP 2014. Pasukan pancaragam STAR seramai 62 orang pada penghujung 2013 telah menyertai World Marching Band di Hong Kong.
16. Pasukan Bahas Bahasa Melayu turut mencatat kejayaan yang cemerlang pada tahun 2014. Pasukan ini berjaya muncul Naib johan dalam MUSLEH International Debating Championship 2014. Selain itu juga pasukan bahas Bahasa Melayu turut muncul Johan Pertandingan Debat Dakwah Negara dan Johan Debat Junior SEHEBAT. Selain itu juga pasukan ini muncul Naib Johan Debat Piala Menteri Besar Perak serta layak ke separuh akhir Piala Perdana Menteri 2014. Seterusnya panitia bahasa Inggeris turut menempa kejayaan gemilang dalamFully Residential School International Symposium 2014 dengan mendapat anugerah top Gold Award Best Presenter
17. Pasukan robotik turut meraih pencapaian cemerlang apabila layak ke peringkat kebangsaan dalam FIRA Malaysia Cup kali ke-7. Manakala dalam Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) STAR berjaya menerima Silwer Award. Pencapaian pasukan inovasi turut cemerlang apabila muncul Naib Johan dalam Perak Ekspo For Young Scientist yang berlangsung di UPSI, Tanjung Malim Perak manakala dalam Ya Hijau GreenYouth Summit di Peringkat Antarabangsa STAR muncul pemenang tempat ke tiga. Pasukan Formula One In School turut cemerlang apabila muncul naib johan peringkat negeri Perak dan akan mewakili Perak ke peringkat kebangsaan pada bulan November nanti.
18. Selain itu juga , pencapaian S.T.A.R dalam pasukan Unit Beruniform tidak kurang hebatnya. Pasukan Pengakap S.T.A.R telah menyertai Jambori Pengakap Selangor 2014. Pasukan pengakap mula mengorak langkah ke persada anatarabangsa apabila 10 orang terpilih mewakili malaysia ke jambori Pengakap dunia ke-23 pada tahun hadapan di Yamaguchi City, Jepun. Manakala pada 23-30 November 18 orang pelajar akan menyertai jambori Pengakap Antarabangsa Perak yang disertai 10 buah negara. Begitu juga pasukan Kadet Polis S.T.A.R telah muncul johan pertandingan Kawad Kaki GO peringkat Daerah Kinta Utara dan mewakili daerah ke peringkat negeri perak dan muncul Naib Johan Negeri Perak.
19. Begitulah serba ringkas laporan pencapaian kokurikulum S.T.A.R bagi tahun 2014 dan sebentar nanti kita akan sama-sama saksikan para pelajar serta guru penasihat akan menerima anugerah masing-masing sebagai tanda pengiktirafan pihak sekolah terhadap sumbangan yang telah diberikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima, semoga dengan pengiktirafan ini akan memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga STAR untuk bekerja keras bagi menaikkan nama STAR di persada anatrabangsa.
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
20. Sesungguhnya, kerjasama antara Old Boys dan sekolah merupakan satu tradisi yang perlu dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Justeru, saya amat mengalu-alukan kedatangan mana-mana batch yang ingin menyumbang kepada S.T.A.R. dalam bentuk apa jua jenis sumbangan. Untuk maklumat para hadirin, pada tahun ini saya sangat berterima kasih kepada Batch 81 kerana dengan kerjasama erat yang terjalin antara Batch 81, mereka telah berjaya menaja sebuah jam elektronik yang cukup menarik. Perkara ini tanpa kita sedari sebenarnya adalah merupakan satu indikator kepada kejayaan STAR dalam melahirkan pelajar-pelajar yang sayangkan sekolah dan tahu membalaskan jasa guru guru mereka. Konsep giving back of what the school has given to you ini sebenarnya perlu STAR perkasakan jika kita mahu mencipta dan melahirkan global players dalam kalangan putera-putera STAR Ipoh . Antara sumbangan yang masih diperlukan ialah pasukan kriket STAR, pasukan inovasi, pasukan Formula One In School dan banyak lagi.
21. Di kesempatan ini juga sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Rozhan Anwar bin Abdul Halim kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa majlis yang diketuai oleh PK Kokurikulum, Ustaz Mohammad Rosli bin Ahmad yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.
Madah diungkap santun batara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati
Buai laju-laju
Sampai pokok sena
STAR boleh maju
Hingga terajui dunia.
Sekian, terima kasih.