Quantcast
Channel: HOK SENGOTI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

MALAYSIA GARANG KE SEPARUH AKHIR

$
0
0

Malaysia semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF apabila membenam musuh ketat, Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B.


Dengan S. Kunanlan dan Khyril Muhymeen yang hanya mampu menjadi pemerhati sahaja gara-gara ditimpa kecederaan, Malaysia tidak menjejaskan perancangan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk menamatkan kempen Sang Garuda di depan penonton yang penuh sesak.

Para pemain Malaysia bagaimanapun memerlukan 20 minit untuk mendapatkan rentak. Sepanjang tempoh itu para penyokong menjadi sesak nafas melihat betapa agresif barisan Indonesia mengatur serangan, malah Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd Razak turut mendedahkan pintu gol negara dalam bahaya.

Keadaan itu berlarutan di bahagian hadapan yang kerap kehilangan bola. Namun percaturan mengubah Wan Zack Haikal Wan Nor di sayap kanan sementara Azamuddin Akil di kiri membuahkan hasil.

Corak serangan Malaysia kembali tersusun dan pada minit ke-26, Stadium Nasional Bukit Jalil bergegar dengan sorakan gol sebaik Azamuddin Akil berjaya menyambut sepakan lintang untuk gol pertama negara.

Empat minit kemudian, Wan Zack Haikal bertukar hantaran dengan Mahali di dalam kotak penalti sebelum pertahanan Harimau Muda A menghantar bola tinggi melepasi jangkauan Wahyu Tri Nugroho.

Berikutan terjahan kasar Aidil terhadap Samsul Arif Munip, dia dilayangkan kuning. Sepakan percuma Elie Aiboy tidak berbahaya dan menjadi sumbangan terakhirnya sejurus selepas itu dia digantikan Andik Vermanysah.

Malaysia turut membuat pertukaran awal menggantikan Shakir Shaari yang tercedera dan kemasukan Gary Steven Robbat tidak menjejaskan penguasaan dibahagian tengah.

Pada 45 minit berikutnya, Malaysia tidak cepat berpuas hati dengan kelebihan dua gol dan belum mahu mengendurkan asakan.

Safee Sali mendapat peluang menarik ternyata belum mampu mempamerkan bisa sebenarnya.

Datuk K. Rajagobal kemudian menempatkan lima pemain tengah dengan kemasukkan Fakri Saarani (Azamuddin) dan Amar Rohidan (Norshahrul Idlan Talaha). Malaysia kemudian menukar kepada strategi serangan balas manakala Safiq Rahim ditolak bermain di belakang Safee Sali.

Pertahanan Malaysia kembali goyah dan menghadiahkan banyak sepakan percuma kepada Indonesia terutamanya di bahagian kiri.

Ketika pemain Indonesia seakan sudah berputus asa untuk meneruskan perjuangan mereka, penyokong mereka pula disorak 'balik-balik' dan 'kesian dia' bagi mengiringi kepulangan penyokong lawan yang kecewa.

SUMBER : MYLAUNCHPAD




Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

Trending Articles