Quantcast
Channel: HOK SENGOTI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

CHELSEA BELASAH ASTON VILLA 8-0

$
0
0
Chelsea mempamerkan aksi serangan tanpa belas kasihan dalam tempoh lebih dua tahun apabila membelasah Aston Villa apabila menyamai rekod kemenangan 8-0 dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.  The Blues merobek pertahanan Villa dengan mudah selepas Fernando Torres menanduk masuk gol pembukaan seawal minit ketiga sambil tujuh lagi gol dijaringkan pemain berlainan dalam aksi di Stamford Bridge. 

Kemenangan pertama liga di Stamford Bridge sejak awal Oktober lalu melonjakkan kelab itu ke tangga ketiga, tujuh mata di belakang Manchester City yang kini menduduki tangga kedua tetapi bermain kurang satu perlawanan. 


"Kami mempamerkan laparkan gol sepanjang perlawanan sejak minit pertama. Keinginan kami ialah untuk bergerak pantas dengan bola, gol awal memang banyak membantu. Kami gembira bermain dan memerlukan sikap begini untuk meningkatkan prestasi," kata Frank Lampard yang turut menyumbang satu gol. 

Apapun kemenangan besar itu melegakan Rafa Benitez yang sudah meraih dua kemenangan liga daripada lima perlawanan sejak menggantikan Roberto Di Matteo walaupun berdepan karenah penyokong Chelsea. - AP 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 140