Malaysian Junior Hockey League 2013 bermula semalam dengan menyaksikan sembilan perlawanan dilangsungkan. Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana STAR bermula dengan langkah kanan apabila memenangi perlawanan pertama dengan kemenangan 2-0 mengatasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS).
Kedua-dua gol dijaringkan oleh Amirul Hafiz Abdullah Thani dan Nazrul Nadzmi bin Abdul Razak, masing-masing pada minit ke-48 dan 52 masa permainan.
Segala perancangan nampaknya menjadi, cuma para pemain perlu memperbaiki kelemahan masing-masing dengan menumpukan aspek "marking", penguasaan bahagian tengah serta penyudah yang berkesan. Apapun tahniah buat semua pemain ANACONDA STAR yang telah menjadikan permulaan yang hebat walaupun hanya membuat penampilan pertama di pentas liga yang berprestij ini.
Dengan semangat dan tekad yang membara, diharapkan pasukan akan lebih mantap dan memperbaiki kelemahan pada masa-masa akan datang. STAR Hockey selamanya.