Semakan Online Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh 2013 | Makluman kepada para pelajar yang ada memohon untuk memasuki Tingkatan 4 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia, Anda sudah boleh menyemak keputusan permohonan Tawaran secara online.
Menerusi pemberitahuan dari portal rasmi KPM di laman pautan http://www.moe.gov.my memaklumkan bahawa semakan keputusan dan rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) bermula tarikh 16 Januari 2013 (Rabu).
Semakan Permohonan SBP Tingkatan 4
- Semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.
- Semakan permohonan SBP boleh dibuat bermula 16 Januari 2013.
- Laman untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2013 akan dikemaskini sebaik sahaja dikeluarkan.
e-Rayuan
- Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.
- Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2013 akan di UPDATE kemudian.
- Rayuan boleh dibuat bermula 16 Januari 2013.
sumber : Wan Serius