Pemain yang memakai baju hitam menggelarkan diri mereka "illigal" kerana merupakan pemain yang tidak berdaftar. namun tetap semangat membantu rakan-rakan yang mewakili sekolah. Terima kasih Fadil, Azali, Momo dan Meor.
Pasukan SM Sains Tapah merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi gol STAR kerana kesilapan barisan pertahanan. Dan gol tersebut merupakan gol pertama SESTA dalam sejarah 3 tahun penglibatan mereka dalam Kejohanan Hoki SBP.
Mr Shahnun tersilap memberikan dos Surbex yang lebih kepada pemain sewaktu hari ke dua kejohanan berlangsung dan menyebabkan para pemain kelihatan lesu sewaktu bertemu SERATAS
Ketika sekolah-sekolah lain datang menggunakan bas berhawa dingin, STAR memilih untuk datang dengan coaster yang banyak berjasa, sehingga mendapat perhatian daripada pasukan sekolah lain. Para pemain juga sering menyanyikan lagu cheer dalam perjalanan datang ke stadium.
Aman merupakan antara pemain terkecil dalam kejohanan tetapi memiliki kelincahan dan skill yang memukau. Tiga tahun lah posisi tengah milik Aman. Setiap kali beraksi, Aman pasti menjadi tumpuan. Namun, sesekali apabila pemain lawan menggunakan 'body attack" Aman akan jatuh. kesian, Aman.
Agak lucu apabila pihak tuan rumah tidak menyediakan khidmat "ball boy" dalam kejohanan yang berprestij. para pemain terpaksa berlari mengambil bola sendiri apabila cola keluar. Perlu diberi perhatian tuan rumah seterusnya !
Terima kasih kepada para supporter ULTRAS Abdul Rahman yang turun menyokong pasukan hoki. pasukan ini diketuai oleh Hasif Ramli.
Agak malang buat penjaga gol. firdaus Zaki apabila kehilangan kasut Adidas yang dicuri pada malam terakhir. Dah tu sapo suruh ekau lotak kek luar?
Ridzwan, Nami dan Izham muncul penjaring gol terbanyak STAR dengan TIGA gol.
Jersey STAR menjadi tumpuan kerana terdapat logo MJHL . gambar pasukan STAR dipilih menghiasi hadapan MUG kejohanan yang dijual sebagai cenderahati.
Mug kejohanan dijual dengan harga RM 15 dengan budak-budak STAR sebagai penghias dan penarik.
Zahran Syahmi bersama seorang penyokong tersenyum riang apabila muncul wira menjaringkan "golden goal" pada minit ke 34 perlawanan.
Pemain berjersey nombor 6, Mohd Iqbal mencatat sejarah apabila bola pukulannya telah mencederakan telinga pemain SM Sains Pokok Sena (SAINA).