Quantcast
Channel: HOK SENGOTI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

BELASUNGKAWA ALMARHUM DR MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMADY

$
0
0


Prof Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang Isnin. Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.
Allahyarham yang juga Murstasya Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.45 petang. Beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.
Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973. Pada 2004, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pernah mempelawanya bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya ke-11, tetapi ditolak dengan baik. Beliau mahu menghambakan diri dengan menyampaikan dakwah kepada orang ramai, terutama pelajar di institusi pengajian tinggi.
Ketika hayatnya, Allahyarham pernah menzahirkan kepada penulis, akan kebimbangannya dengan penularan ajaran syiah di universiti-universiti dan turut melahirkan kekesalan dengan sikap seorang pemimpin politik yang mengamalkan ajaran itu. Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam serta dakwah.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail atau Sultan Ismail College hingga ke tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah. Minat kajian beliau adalah dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat, pemikiran semasa dan pandangan Islam mengenainya, akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya.
Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.
Antara penulisannya yang telah dihasilkan ialah:
“Al-Quranul-Karim, terjemahan dan HuraianMaksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
“Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
“Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
“Memahami Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
“Islam, Peribadi, TarbiahdanInstitusi” terbitanMajlisUgama Islam Kelantan, 1987.
“Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.










Viewing all articles
Browse latest Browse all 140