Tidak kira waktu, ketika dan penat, tugas sebagai guru sangat mulia dan besar kepada masyarakat.
Tanggal 16 Mei adalah satu penghormati kepada guru-guru yang mendidik insan menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sambutan meriah Hari Guru di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh hari ini menunjuk betapa gigihnya pendidik dan pelajar bersatu meraikan hari yang penuh bermakna ini.
Pengetua STAR, Abdul Hashim Abdul Karim di dalam ucapannya menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik yang bertungkus lumus tanpa mengenal jemu dan lelah bagi mendidik anak-anak bangsa.
"Tahun ini sambutan bertemakan 1Asprirasi 1Agenda, sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang sedang rancak melaksanakan tranformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, kata Abdul Hashim.
Beliau yang mewakili seluruh warga STAR mengucapkan taniah kepada bekas pelajar tahun 1968 - 1973, Datuk Seri Idris Jusoh yang dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II.
Sambutan Hari Guru sekolah itu yang disambut meriah penuh meriah dan warna warni dikendalikan oleh pelajar tingkatan 5 sebagai menunjukkan penghormatan besar kepada guru-guru kesayangan mereka.
Pelbagai acara menarik diadakan sempena sambutan yang bertemakan Bollywood itu, antaranya, persembahan puisi, live band, pertandingan futsal dan master Chef STAR.
Sumber : PERAKNEWS.COM
Imanshah sertakan koleksi gambar-gambar sempena sambutan hari Guru tahun 2013.
Guru-guru bergambar selepas majlis
Guru-guru lelaki di dalam dewan.
Guru-guru lelaki bergambar sebelum majlis.
Guru-guru wanita juga tidak ketinggalan berfesyen.
Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia.
Perarakan guru-guru ke dewan. Tu dia Tengok Juliana Kapoor pakai sari.
Tengok Imanshah dan muka, hitam dan gaya Sah Rukh Khan. memang sah nampak macam Banglawood. haha bukan Bollywood.