Quantcast
Channel: HOK SENGOTI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 140

MINGGU YANG MENDEBARKAN : MJHL 2013

$
0
0
Assalamualikum semua. Lama tidak bersua di alam maya bercerita tentang aktiviti sendiri. Minggu ini Imanshah menghadapi minggu yang memenatkan dan agak "horror" dalam mengharungi Malaysian Junior Hockey League 2013. Apa tidaknya , tiga perlawanan dalam tempoh tiga hari dan melibatkan perjalanan sehingga ke Sungai Petani. Jom sama-sama kita kongsikan bersama.

Perlawanan pertama untuk minggu lepas (perlawanan ke dua STAR) telah menemukan STAR dengan KEDAH HOCKEY ASSOCIATION Jr. Perlawanan yang mendebarkan kerana KHA merupakan pemenang tempat ke tiga dalam liga 2012. Apatah lagi kami merupakan pendatang baru yang hanya memulakan aksi sulung dalam MJHL untuk tahun 2013. Alhamdulillah, walau bertemu pasukan yang lebih berpengalaman, anak-anak buah Imanshah berjaya mengekang KHA dan keputusannya, kami mengikat KHA dengan keputusan seri 1-1.


Para pemain membuat sesi regangan sebelum pertemuan menentang KHA JR.

Keesokan harinya STAR dijadualkan bertemu pasukan MSS Kelantan/PHK, pasukan pilihan dalam kumpulan 2A ini. Menentang Kelantan yang dibarisi rata-rata pemain berusia 19 dan 18 tahun membuatkan pasukan STAR berasa sungguh kerdil. Dalam aksi yang dilihat berat sebelah ini, STAR tewas dengan jaringan yang besar iaitu 6-0. 


Sesi "team talk" sebelum perlawanan dengan Kelantan.

Berbekalkan kekalahan besar kepada Kelantan, STAR berjanji untuk bangkit memungut tiga mata penuh dalam aksi ke-4 yang dilangsungkan di Sungai Petani, Kedah. Menentang Nurinsafi, sebuah kelab yang agak terkenal juga meresahkan, apatah lagi bermain di gelanggang lawan. Namun, dengan semangat juang yang tinggi, akhirnya kami berjaya menewaskan Nurinsafi dengan keputusan 1-0. Sayang sungguh, STAR gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan di hadapan pintu gol selain kesemua 10 pukulan sudut penalti gagal menembusi gol lawan.


Aksi menentang NURINSAFI di Sungai Petani

Dengan keputusan ini, setakat empat perlawanan, STAR menduduki rangking ke-empat liga dengan memungut TUJUH mata hasil dua kemenangan , sekali seri dan sekali kalah. Minggu hadapan, pasukan Imanshah akan menentang 1 Mas Penang, perlawanan dijangka sengit kerana 1 Mas Penang berada pada tangga ke-2 liga. doakan kami berjaya.











Viewing all articles
Browse latest Browse all 140