Masih lagi dengan cerita hoki, hoki dan hoki. Minggu ini hanya ada satu sahaja perlawanan melibatkan STAR kerana bertembung dengan cuti Thaipusam dan Maulidurrasul. Alhamdulillah, dapat lah sedikit para pemain dan jurulatih menarik nafas.
Semalam STAR melayan kunjungan pasukan 1MAS Penang. Sebelum perlawanan , pasukan 1MAs Penang berada pada posisi ke-2 liga, manakala STAR pada kedudukan ke-5. Satu perlawanan yang sukar dan tidak mudah. Ditambah pula dengan kecederaan dan juga rehat yang tidak mencukupi, STAR bermain sebagai pasukan underdog.
Sebagai jurulatih, Imanshah hanya mahukan pemain bermain mengikut taktikal yang telah dirancang. Bermain dengan "game plan" sendiri dan cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan BOD pasukan lawan. Alhamdulillah, Stadium Azlan Shah tidak pernah menghampakan. Dan STAR menang 2-0.
Dengan kemenangan ini, STAR kini naik ke posisi ke-3 liga di belakang KHA Juniors dan Kelantan Pada minggu hadapan (21 Januari 2013) STAR akan menghadapi perlawanan getir menentang Anderson-PHA. Berdasarkan kedudukan semasa, STAR dan ANDERSON akan bermati-matian untuk mendapatkan mata kerana sesiapa sahaja yang membuat kesilapan, akan tergelincir daripada perebutan untuk merebut gelaran naib juara. Terus berjuang !